Insuran Takaful dalam Konteks Perancangan Kewangan
Apa itu insurans? Apa fungsinya dalam kewangan kita? Banyak sangat yang perlu dibayar setiap bulan seperti loan kereta, loan rumah, PTPTN, dan sebagainya. Itu belum masuk makan minum, pakaian. Jadi investment macam insurans Takaful ni tak payah la dulu. Kemudian baru ambil, kita selesaikan keperluan dulu. Betul tak?
Di sini penulis ingin mengupas hal ini dengan lebih terperinci untuk mengelakkan salah faham yang boleh membantutkan pertumbuhan aset-aset anda.
Persoalan pertama di sini amat mudah tetapi selalu ejen insurans sendiri terlepas pandang:
Apa itu investment?
Investment ialah apa-apa produk kewangan atau bukan kewangan yang boleh meletakkan duit kedalam poket kita di masa hadapan.Contoh investment/pelaburan? Bagi masyarakat Bumiputera, yang paling famous adalah ASB: Amanah Saham Bumiputera. ASB ialah seperti Unit Trust yang disubsidikan oleh kerajaan Malaysia. Guaranteed returns 7% every year.
Itu contoh investment yang semua orang sedia maklum. Tetapi tahukah anda kereta anda pun boleh jadi aset/investment? Ya, benar. Mudah saja caranya. Kalau anda sewakan kereta tu kepada student-student UITM untuk kegunaan harian mereka, itu sudah dikira aset. Syaratnya income daripada menyewa itu mestilah lebih daripada maintenance bulanan untuk kereta itu.
Jadi di mana letaknya insuran Takaful ini? Adakah dia invesment? Sebenarnya ada komponen investment dalam produk-produk zaman sekarang seperti takaful link yang merupakan investment linked product. Tetapi untuk kes kita kali ini mari kita menjelajah ke masa lampau semasa insurans ini tidak diikat dengan investment fund.
Dulu, jika anda ambil RM200 sebulan untuk insurans, anda akan dapat coverage yang sangat tinggi. Boleh Mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi jika tiada apa-apa terjadi kepada anda, maka duit tu 'burn' begitu saja.
Jadi kalau macam tu, adakah insuran takaful ini masih boleh dikatakan investment? Bagi saya, tidak. Ia adalah protection atau perlindungan.
Yang dilindungi disini adalah income anda. Income protection. Perlindungan dari terkikisnya income disebabkab perkara-perkara berikut:
- Kemalangan
- Cacat Kekal
- Sakit Kronik
- Kematian
Prudential BSN Takaful Medical Card in Action
Prudential BSN Takaful Medical Card adalah salah satu produk takaful yang menjadi 'bestseller' sekarang. Adakah ia murah? Tidak. Itu bukan sebab ianya terjual dengan laris. Coverage yang disediakan dan juga ejen-ejen cekap yang menyediakan servis professional adalah sebab ianya laris di pasaran.Sebagai contoh:
Ahmad baru mendapat sijil, dan setelah bertukar kerja beberapa kali beliau mendapat kerja sebagai PTD di sektor kerajaan. Gaji beliau tinggi berbanding kebanyakan rakan-rakannya yang lain. Contohnya:
Gaji Ahmad: RM80,000 setahun
Belum setahun bekerja, Ahmad berasa kurang sihat. Dia sering demam dan terpaksa mengambil MC. Setelah beberapa lama, dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Rupa-rupanya beliau menghidapi penyakit Thyroid. Kelenjar thyroidnya bengkak.
Tiada cara lain, doktor menasihatkannya untuk menjalankan prosedur untuk membuang kelenjar thyroid tersebut.
Pembedahan berjaya, tetapi muncul komplikasi: suara beliau hilang. Kemungkinan besar tidak dapat dipulihkan.
Selain itu, beliau juga perlu memakan ubat untuk menggantikan fungsi kelenjar thyroid yang telah dibuang. Ubat itu mesti dimakan seumur hidup. Beliau juga tidak akan dapat menikmati makanan seperti makanan laut kerana badan memerlukan kelenjar thyroid untuk memproses makanan tersebut.
Pembedahan membuang thyroid: RM10,000
Ubat iodin setiap bulan: RM150-200/bulan
Kehilangan suara: Tidak ternilai
Dengan Prudential BSN Takaful Medical Card caruman RM100/bulan, Ahmad akan dilindungi seperti berikut:
Pembedahan membuang thyroid: RM10,000 -> langsai
Ubat iodin setiap bulan: RM150-200/bulan - > langsai sehingga nilainya mencecah RM100,000
Kehilangan suara: Tidak ternilai -> dapat pampasan Cacat Kekal sebanyak RM10,000
Ini adalah contoh yang sebenarnya kisah benar, tetapi nama dan nilai-nilai seperti gaji dan lain-lain telah diubah untuk melindungi privacy individu berkenaan.
Dapat dilihat dalam contoh diatas bahawa sebahagian besar gaji Ahmad dapat dilindungi oleh Prudential BSN Takaful Medical Card. Jadi perlindungan yang diberikan oleh Pru BSN ini bukan investment, malah merupakan keperluan, sepertimana mendapat gaji itu juga adalah keperluan.