Wednesday 20 August 2014

Apa fungsi Insuran Takaful dalam kewangan anda?

Insuran Takaful dalam Konteks Perancangan Kewangan

Apa itu insurans? Apa fungsinya dalam kewangan kita? Banyak sangat yang perlu dibayar setiap bulan seperti loan kereta, loan rumah, PTPTN, dan sebagainya. Itu belum masuk makan minum, pakaian. Jadi investment macam insurans Takaful ni tak payah la dulu. Kemudian baru ambil, kita selesaikan keperluan dulu. Betul tak?

Di sini penulis ingin mengupas hal ini dengan lebih terperinci untuk mengelakkan salah faham yang boleh membantutkan pertumbuhan aset-aset anda.

Persoalan pertama di sini amat mudah tetapi selalu ejen insurans sendiri terlepas pandang:

Apa itu investment?
Investment ialah apa-apa produk kewangan atau bukan kewangan yang boleh meletakkan duit kedalam poket kita di masa hadapan.
 Contoh investment/pelaburan? Bagi masyarakat Bumiputera, yang paling famous adalah ASB: Amanah Saham Bumiputera. ASB ialah seperti Unit Trust yang disubsidikan oleh kerajaan Malaysia. Guaranteed returns 7% every year.

Itu contoh investment yang semua orang sedia maklum. Tetapi tahukah anda kereta anda pun boleh jadi aset/investment? Ya, benar. Mudah saja caranya. Kalau anda sewakan kereta tu kepada student-student UITM untuk kegunaan harian mereka, itu sudah dikira aset. Syaratnya income daripada menyewa itu mestilah lebih daripada maintenance bulanan untuk kereta itu.

Jadi di mana letaknya insuran Takaful ini? Adakah dia invesment? Sebenarnya ada komponen investment dalam produk-produk zaman sekarang seperti takaful link yang merupakan investment linked product. Tetapi untuk kes kita kali ini mari kita menjelajah ke masa lampau semasa insurans ini tidak diikat dengan investment fund.

Dulu, jika anda ambil RM200 sebulan untuk insurans, anda akan dapat coverage yang sangat tinggi. Boleh Mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi jika tiada apa-apa terjadi kepada anda, maka duit tu 'burn' begitu saja.

Jadi kalau macam tu, adakah insuran takaful ini masih boleh dikatakan investment? Bagi saya, tidak. Ia adalah protection atau perlindungan.

Yang dilindungi disini adalah income anda. Income protection. Perlindungan dari terkikisnya income disebabkab perkara-perkara berikut:
  • Kemalangan
  • Cacat Kekal
  • Sakit Kronik
  • Kematian
Jika berlaku mana-mana perkara di atas, bukankah income anda akan terkikis? Itulah yang dilindungi dengan insurans ini.

Savings and Investment

Prudential BSN Takaful Medical Card in Action

Prudential BSN Takaful Medical Card adalah salah satu produk takaful yang menjadi 'bestseller' sekarang. Adakah ia murah? Tidak. Itu bukan sebab ianya terjual dengan laris. Coverage yang disediakan dan juga ejen-ejen cekap yang menyediakan servis professional adalah sebab ianya laris di pasaran.

Sebagai contoh:

Ahmad baru mendapat sijil, dan setelah bertukar kerja beberapa kali beliau mendapat kerja sebagai PTD di sektor kerajaan. Gaji beliau tinggi berbanding kebanyakan rakan-rakannya yang lain. Contohnya:

Gaji Ahmad: RM80,000 setahun

Belum setahun bekerja, Ahmad berasa kurang sihat. Dia sering demam dan terpaksa mengambil MC. Setelah beberapa lama, dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Rupa-rupanya beliau menghidapi penyakit Thyroid. Kelenjar thyroidnya bengkak.

Tiada cara lain, doktor menasihatkannya untuk menjalankan prosedur untuk membuang kelenjar thyroid tersebut.

Pembedahan berjaya, tetapi muncul komplikasi: suara beliau hilang. Kemungkinan besar tidak dapat dipulihkan.

Selain itu, beliau juga perlu memakan ubat untuk menggantikan fungsi kelenjar thyroid yang telah dibuang. Ubat itu mesti dimakan seumur hidup. Beliau juga tidak akan dapat menikmati makanan seperti makanan laut kerana badan memerlukan kelenjar thyroid untuk memproses makanan tersebut.

Pembedahan membuang thyroid: RM10,000
Ubat iodin setiap bulan: RM150-200/bulan
Kehilangan suara: Tidak ternilai

Dengan Prudential BSN Takaful Medical Card caruman RM100/bulan, Ahmad akan dilindungi seperti berikut:

Pembedahan membuang thyroid: RM10,000 -> langsai
Ubat iodin setiap bulan: RM150-200/bulan - > langsai sehingga nilainya mencecah RM100,000
Kehilangan suara: Tidak ternilai -> dapat pampasan Cacat Kekal sebanyak RM10,000

Ini adalah contoh yang sebenarnya kisah benar, tetapi nama dan nilai-nilai seperti gaji dan lain-lain telah diubah untuk melindungi privacy individu berkenaan.

Dapat dilihat dalam contoh diatas bahawa sebahagian besar gaji Ahmad dapat dilindungi oleh Prudential BSN Takaful Medical Card. Jadi perlindungan yang diberikan oleh Pru BSN ini bukan investment, malah merupakan keperluan, sepertimana mendapat gaji itu juga adalah keperluan.



Tuesday 19 August 2014

Sebelum beli Takaful Insurans baca ini dulu

Bagaimana Takaful Insurans dapat membantu anda?

Cuba baca ayat di bawah dan renungkan. Adakah ia kelakar, atau adakah ianya sedih dan trajis?:
Kebanyakan orang mengabaikan kesihatan semasa muda untuk mencari duit, kemudian apabila telah tua dan jatuh sakit, mereka menggunakan duit itu untuk cuba mendapatkan semula kesihatan.
Sedih tetapi benar. Penyakit-penyakit kronik semakin berleluasa sekarang ini, dan semakin kompleks kerana bertindih kesannya sesama sendiri. Seseorang yang menghidap diabetes juga menghidap tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Kos perubatan melonjak naik tetapi adakah gaji kita dinaikkan? Tidak sama sekali!

Bijak Menguruskan Wang

Bagaimana menggunakan Insuran Prudential untuk melindungi income anda?

Memperkenalkan Medical Card Prudential. Ramai yang tidak tahu atau tidak yakin sama ada membeli medical card prudential ini akan membantu atau membazir sahaja. 

Untuk memberi jawapan yang memuaskan, penulis memerlukan kerjasama anda dalam senario berikut:

Kelenjar thyroid bengkak dan perlu di buang secara pembedahan. - RM10,000.

  • Saya tidak mahu tanya berapa ramai yang ada RM10,000 cash di dalam bank untuk membayar prosedur tersebut.
  • Saya tidak mahu tanya berapa ramai yang sanggup meminjam dari saudara mara untuk mendapat RM10,000 tersebut.
  • Saya juga tidak mahu tanya berapa ramai yang bekerja sebagai artis dan boleh mendapat sumbangan orang ramai untuk membiayai RM10,000 itu.
Yang saya nak tanya, mampukah anda menyumbangkan RM100 sebulan dalam pelan Medical Card Prudential untuk menghindari situasi di atas? 

Dengan caruman serendah RM100 sebulan ini, anda dapat melindungi income anda daripada berkurangan sebanyak RM10,000. Dan juga dapat menjalankan prosedur yang menyelamatkan nyawa anda agar dapat terus menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.

Melihat dari sudut pandangan ini, adakah anda masih merasakan bahawa insuran prudential ini membazir? Jika ya, maka anda mungkin orang kaya dan RM10,000 itu anda boleh bayar tanpa sebarang masalah. Tetapi jika anda merasakan ini berguna, sila lah hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut

Tak salah bertanya.


BSN Takaful: Keperluan atau Kehendak?

Prudential BSN Takaful Berhad

Zaman sekarang terdapat banyak syarikat yang menjual insurans seperti MAA Insurans, Takaful Nasional Sdn Bhd, Takaful Malaysia Berhad, dan sebagainya.

Takaful insuran tidak dijual di Malaysia sehingga tahun 1980-an. Sebelum itu, semua pelan insurans adalah berbentuk konvensional, yang difatwakan haram dari sudut pandangan syarak disebabkan unsur-unsur riba, judi, dan sebagainya.

Setelah produk takaful diperkenalkan, umat Islam di Malaysia mula berasa lebih selesa untuk membeli takaful insuran untuk diri dan keluarga.

Syarikat-syarikat seperti seperti MAA Insurans, Takaful Nasional Sdn Bhd, Takaful Malaysia Berhad mula mempromosikan produk takaful insuran masing-masing secara agresif. Kemudian Prudential Malaysia pun melancarkan syarikat takaful mereka sendiri iaitu Prudential BSN Takaful Berhad. Pru BSN Takaful pun diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Investment

Keperluan atau kehendak?

Adakah insurance prudential in keperluan atau kehendak? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita teliti apakah keperluan dan apakah kehendak, sekaligus mencapai kesimpulan sama ada membeli insurance prudential ini perlu atau tidak:

Soalan: Adakah gaji anda keperluan atau kehendak?

Kebanyakan orang yang perlu membayar rumah, kereta, bil elektrik, bil air, student loan, dan macam-macam lagi bil yang perlu dilangsaikan setiap bulan untuk meneruskan hidup di zaman moden ini,mereka akan menjawab keperluan.

Ini tidak memeranjatkan: untuk lebih 90% orang yang berumur 21 tahun ke atas dan boleh bekerja, makan gaji adalah cara paling mudah dan cepat untuk dapat membeli kereta, rumah, dan keperluan lain, serta menikmati kesenangan hidup yang lain seperti makan di restoran mahal, melancong, dan hobi-hobi lain yang berkenaan.

Apa kena-mengena dengan insurance prudential? 

Senang saja: jika gaji anda adalah keperluan, adakah melindungi gaji anda itu keperluan atau kehendak? Apa akan jadi sekiranya anda tidak dapat bekerja untuk menerima gaji lagi? Apakah kesannya? Anda mungkin merempat atau meminta derma dan sumbangan atau kedua-duanya sekali.

Anda mungkin perlu menjual rumah dan kereta dan terpaksa bergantung kepada saudara-mara dan adik beradik untuk menyara anda.

Dengan Insurance Prudential, jika anda mengalami cacat kekal dan tidak boleh bekerja, anda akan dibayar gaji anda walaupun tidak bekerja.

Adakah gaji dibayar balik 100%?

Bergantung kepada nilai caruman yang disumbangkan. Tetapi fikirkanlah: bukankah lebih baik untuk melindungi 50% daripada gaji anda berbanding 0%? Jika tidak mampu, 25% pun lebih baik daripada tiada langsung. Dapatlah juga membantu sedikit sebanyak.

Jadi bagaimana? Apa pendapat anda? Adakah melindungi gaji anda itu keperluan atau kehendak? Adakah Insurance Prudential ini keperluan atau kehendak?

Monday 18 August 2014

Prudential Takaful BSN: Perlindungan untuk Anda dan Keluarga

Mengapa perlunya saya mengambil insurans dengan Prudential Takaful BSN?

Fakta:

Takaful Malaysia adalah syarikat takaful pertama yang ditauliahkan untuk menjual insurans takaful pada tahun 1980-an.

Tetapi tahukah anda bahawa PruBSNTakaful sekarang merupakan pelan takaful yang paling popular dengan jumlah jualan mengatasi syarikat-syarikat takaful yang telah lama ditauliahkan, dan juga mengatasi jualan cuepacs medical card yang rata-rata dianggap pelan takaful paling murah.

PruBSN Advisor


Prubsn Takaful juga lebih popular berbanding pelan-pelan takaful dari institusi kewangan besar seperti CIMB Takaful.

Tidakkah anda tertanya-tanya bagaimana produk takaful yang dipasarkan lambat beberapa tahun tetapi mampu mengatasi populariti Cuepacs Medical Card dan CIMB Takaful yang telah dilancarkan hampir sedekad sebelumnya?

Dalam memilih pelan takaful, yang paling penting adalah "income protection", atau melindungi income anda. Penting juga selepas itu memilih ejen takaful yang professional dan boleh diharap, serta syarikat takaful yang tidak rumit prosesnya apabila tiba masa untuk membuat "claim" ke atas polisi jika berlaku perkara yang tak diingini.

Memandangkan populariti Prudential Takaful BSN ini, sudah tentu produk, ejen, dan syarikat yang terlibat memberikan mutu perkhidmatan yang baik sehingga mendapat sambutan hangat dan pemasaran percuma secara "word of mouth" daripada client sendiri, dan dengan itu mendahului industri walaupun lambat 10 tahun dilancarkan ke pasaran.