Tuesday 19 August 2014

BSN Takaful: Keperluan atau Kehendak?

Prudential BSN Takaful Berhad

Zaman sekarang terdapat banyak syarikat yang menjual insurans seperti MAA Insurans, Takaful Nasional Sdn Bhd, Takaful Malaysia Berhad, dan sebagainya.

Takaful insuran tidak dijual di Malaysia sehingga tahun 1980-an. Sebelum itu, semua pelan insurans adalah berbentuk konvensional, yang difatwakan haram dari sudut pandangan syarak disebabkan unsur-unsur riba, judi, dan sebagainya.

Setelah produk takaful diperkenalkan, umat Islam di Malaysia mula berasa lebih selesa untuk membeli takaful insuran untuk diri dan keluarga.

Syarikat-syarikat seperti seperti MAA Insurans, Takaful Nasional Sdn Bhd, Takaful Malaysia Berhad mula mempromosikan produk takaful insuran masing-masing secara agresif. Kemudian Prudential Malaysia pun melancarkan syarikat takaful mereka sendiri iaitu Prudential BSN Takaful Berhad. Pru BSN Takaful pun diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Investment

Keperluan atau kehendak?

Adakah insurance prudential in keperluan atau kehendak? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita teliti apakah keperluan dan apakah kehendak, sekaligus mencapai kesimpulan sama ada membeli insurance prudential ini perlu atau tidak:

Soalan: Adakah gaji anda keperluan atau kehendak?

Kebanyakan orang yang perlu membayar rumah, kereta, bil elektrik, bil air, student loan, dan macam-macam lagi bil yang perlu dilangsaikan setiap bulan untuk meneruskan hidup di zaman moden ini,mereka akan menjawab keperluan.

Ini tidak memeranjatkan: untuk lebih 90% orang yang berumur 21 tahun ke atas dan boleh bekerja, makan gaji adalah cara paling mudah dan cepat untuk dapat membeli kereta, rumah, dan keperluan lain, serta menikmati kesenangan hidup yang lain seperti makan di restoran mahal, melancong, dan hobi-hobi lain yang berkenaan.

Apa kena-mengena dengan insurance prudential? 

Senang saja: jika gaji anda adalah keperluan, adakah melindungi gaji anda itu keperluan atau kehendak? Apa akan jadi sekiranya anda tidak dapat bekerja untuk menerima gaji lagi? Apakah kesannya? Anda mungkin merempat atau meminta derma dan sumbangan atau kedua-duanya sekali.

Anda mungkin perlu menjual rumah dan kereta dan terpaksa bergantung kepada saudara-mara dan adik beradik untuk menyara anda.

Dengan Insurance Prudential, jika anda mengalami cacat kekal dan tidak boleh bekerja, anda akan dibayar gaji anda walaupun tidak bekerja.

Adakah gaji dibayar balik 100%?

Bergantung kepada nilai caruman yang disumbangkan. Tetapi fikirkanlah: bukankah lebih baik untuk melindungi 50% daripada gaji anda berbanding 0%? Jika tidak mampu, 25% pun lebih baik daripada tiada langsung. Dapatlah juga membantu sedikit sebanyak.

Jadi bagaimana? Apa pendapat anda? Adakah melindungi gaji anda itu keperluan atau kehendak? Adakah Insurance Prudential ini keperluan atau kehendak?

No comments:

Post a Comment