Tuesday 19 August 2014

Sebelum beli Takaful Insurans baca ini dulu

Bagaimana Takaful Insurans dapat membantu anda?

Cuba baca ayat di bawah dan renungkan. Adakah ia kelakar, atau adakah ianya sedih dan trajis?:
Kebanyakan orang mengabaikan kesihatan semasa muda untuk mencari duit, kemudian apabila telah tua dan jatuh sakit, mereka menggunakan duit itu untuk cuba mendapatkan semula kesihatan.
Sedih tetapi benar. Penyakit-penyakit kronik semakin berleluasa sekarang ini, dan semakin kompleks kerana bertindih kesannya sesama sendiri. Seseorang yang menghidap diabetes juga menghidap tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Kos perubatan melonjak naik tetapi adakah gaji kita dinaikkan? Tidak sama sekali!

Bijak Menguruskan Wang

Bagaimana menggunakan Insuran Prudential untuk melindungi income anda?

Memperkenalkan Medical Card Prudential. Ramai yang tidak tahu atau tidak yakin sama ada membeli medical card prudential ini akan membantu atau membazir sahaja. 

Untuk memberi jawapan yang memuaskan, penulis memerlukan kerjasama anda dalam senario berikut:

Kelenjar thyroid bengkak dan perlu di buang secara pembedahan. - RM10,000.

  • Saya tidak mahu tanya berapa ramai yang ada RM10,000 cash di dalam bank untuk membayar prosedur tersebut.
  • Saya tidak mahu tanya berapa ramai yang sanggup meminjam dari saudara mara untuk mendapat RM10,000 tersebut.
  • Saya juga tidak mahu tanya berapa ramai yang bekerja sebagai artis dan boleh mendapat sumbangan orang ramai untuk membiayai RM10,000 itu.
Yang saya nak tanya, mampukah anda menyumbangkan RM100 sebulan dalam pelan Medical Card Prudential untuk menghindari situasi di atas? 

Dengan caruman serendah RM100 sebulan ini, anda dapat melindungi income anda daripada berkurangan sebanyak RM10,000. Dan juga dapat menjalankan prosedur yang menyelamatkan nyawa anda agar dapat terus menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.

Melihat dari sudut pandangan ini, adakah anda masih merasakan bahawa insuran prudential ini membazir? Jika ya, maka anda mungkin orang kaya dan RM10,000 itu anda boleh bayar tanpa sebarang masalah. Tetapi jika anda merasakan ini berguna, sila lah hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut

Tak salah bertanya.


1 comment: